Friday, October 8, 2010

anasnya gay- memukul sehingga mati seorang pembantu lelakinya

Seorang anggota kerabat diraja, yang juga merupakan cucu pemerintah Arab Saudi, telah memukul sehingga mati seorang pembantu lelakinya dalam serangan ganas didakwa bermotifkan seks di sebuah hotel eksklusif di London.

Pendedahan itu dibuat semasa perbicaraan di mana Juri Mahkamah Majistret diberitahu bahawa kerabat di Raja tersebut membunuh pembantu lelakinya, selepas menderanya secara fizikal dan seksual selama beberapa minggu.

Kerabat diraja tersebut didakwa mencurahkan arak sebelum bertubi-tubi menumbuk kepala pembantu lelakinya menyebabkan beberapa giginya patah dan mangsa mengalami pendarahan otak di hotel tempat mereka menginap.

Kerabat diraja itu juga turut mencekik pembantu lelakinya sehingga tulang lehernya retak selain menggigit kedua-dua pipi mangsa dalam serangan yang mempunyai hubung kait dengan dorongan seks. (cerita selanjutnya, rujuk di sini)

AYG ; ingatkan lelaki gay ni romantik bila memujuk pasangannya, rupa-rupanya menjadi ganas macam binatang bila tidak mencapai kepuasan nafsu ye……….

Agak-agaknya beginilah perangai si Nuar peliwat ye…….. kalau tidak masakan si Saiful takut hendak menolak kemahuan nafsu syaitannya kalau kita rujuk dialog si Saiful ketika ditanya oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. (rujuk di sini)

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan itu?
Mohd Saiful: Can I f— you today?
Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Mohd Saiful: Marah dan takut.
Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?
Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.
Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?
Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.
Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?
Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata “what” (apa)?
Mohd Yusof: Apa respon kamu?
Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.
Mohd Yusof: Seterusnya?
Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.


Fikir-fikir, renung-renunglah ye………….

1 comment: