Friday, October 8, 2010

UMNO JANGAN TABUR JANJI DI GALAS

PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka di Manek Urai dahulu belum ditunaikan.

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Umno BN tidak wajar membuat janji baru selagi belum menunaikan janji lama.

"Janji di Manek Urai dahulu belum selesai, apa lagi yang mereka (Umno BN) nak janji di Gua Musang?" soal beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dun galas dalam satu sidang media di Pejabat PAS Agung, Jalan Raja Laut, hari ini.


Apa pula janji Pas di Manik Urai, sudahkan Pas melaksanakan janji-janji Pas di sana? Nampaknya tidak ada satu pun janji Pas yang dibuat di Manik Urai melainkan Projek Ceramah Perdana.

Pas  seolah-olah mengajak BN sama-sama kencing berlari. TM yakin Umno tidak akan terpengaruh dengan bujukan Pas.

Setiap pilihanraya BN akan mengeluarkan manifestonya. Pas juga sama, cuba kita lihat manifesto Pas dalam Pilihanraya Umum yang lalu, adakah terlaksana janji mereka? Jawapannya satu pun tak ada, sebaliknya Pas akan terus membuat janji baru tahun demi tahun.

BN walaupun 20 tahun kalah di Kelantan tetapi projek yang masuk ke negeri itu nilainya amat besar, berbillion ringgit.

No comments:

Post a Comment